Sabtu Januari 16, 2010
Kor Kadet Sukarelawan Dikecualikan Sertai PLKN
Oleh WONG SAI WAN
KUALA LUMPUR: Pelajar yang menyertai kor kadet Pertahanan Awam atau Rela di sekolah-sekolah mungkin akan dikecualikan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di bawah satu cadangan Kementerian Dalam Negeri.
Pihak Kementerian sedang berusaha mengambil masuk lebih kurang 60,000 pelajar bagi kedua-dua kor beruniform itu yang menyediakan latihan cara tentera sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-korikulum untuk sekolah menengah.
"Latihan yang disediakan oleh Rela dan Pasukan Pertahanan Awam lebih lasak berbanding PLKN. Kedua-dua kor ini juga adalah pasukan beruniform.
"Anggota kadet kami melalui latihan selama dua tahun pada setiap hujung minggu semasa penggal sekolah, lebih lama daripada tiga bulan yang dilalui oleh pelatih-pelatih PLKN," kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dalam satu temu bual semalam.
Beliau menegaskan adalah menjadi sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memastikan kedua-dua kor kadet ini dilatih dengan sempurna.
"Kami sedang merangka cadangan untuk mendapatkan pengecualian bagi kadet-kadet kami dan akan menyerahkannya kepada Kerajaan secepat mungkin.
"Kami sudah boleh meminta kerajaan memberi pengecualian kepada kadet ini tetapi butir-butir lanjut perlu dikaji dahulu," kata Mahmood.
Beliau berkata, kementerian akan mendapatkan pengecualian hanya untuk kadet yang berkhidmat selama dua tahun sepenuhnya (dalam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima).
Buat masa ini, terdapat 24,263 Kadet Pertahanan Awam yang menjalani latihan di bawah Jabatan Pertahanan Awam di beberapa pusat latihannya di seluruh negara.
Kor kadet itu ditubuhkan lebih 10 tahun lalu tetapi telah menjalani penyusunan semula sejak lima tahun lalu apabila diberikan latihan sepenuhnya seperti anggota biasa.
Pasukan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua. Jabatan sedia ada sekarang, berfungsi mengendalikan bencana merupakan pasukan pertama di bawah rancangan kecemasan negara yang dikerah dalam menghadapi bencana seperti banjir atau tanah runtuh.
Mahmood berkata, cara paling mudah untuk mendapatkan anggota baru bagi unit dewasa adalah dengan menggalakkan para pelajar menganggotai kedua-dua kor tersebut.
"Sebaik sahaja para pelajar itu meninggalkan sekolah, mereka akan diserap secara automatik sebagai anggota dewasa Rela dan pasukan Pertahanan Awam. Kami sedang berusaha menambahkan bilangan keanggotaan secara sukarela kedua-dua pertubuhan ini kepada 200,000 setiap satu.
"Kerajaan mahu menggalakkan semangat sukarelawan di negara ini, dan Rela serta Pasukan Pertahanan Awam adalah cara terbaik untuk melakukannya," katanya.
Thursday, 28 January 2010
KOMUNITI KAPA PENDANG
Pejabat Pelajaran Daerah Pendang
Pejabat Pertahanan Awam Daerah Pendang
KAPA SMK Tobiar
KAPA Sekolah Model Khas Bukit Jenun
KAPA SMK Ayer Puteh Dalam
KAPA MRSM Pendang
KAPA SMA Al Islah
Pejabat Pertahanan Awam Daerah Pendang
KAPA SMK Tobiar
KAPA Sekolah Model Khas Bukit Jenun
KAPA SMK Ayer Puteh Dalam
KAPA MRSM Pendang
KAPA SMA Al Islah
ORGANISASI KAPA KEDAH
Penyelia Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Pegawai Penyelaras Kadet
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah
Pegawai Teknikal KAPA Negeri Kedah
Setiausaha Kerja KAPA Negeri Kedah
Bendahari Kerja KAPA Negeri
Pegawai Bahagian Latihan KAPA Negeri Kedah
Pegawai Logistik KAPA Negeri Kedah
Pegawai Data dan Laman Web KAPA Negeri
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kota Setar
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Pendang
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kuala Muda Yan
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Langkawi
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Baling Sik
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kulim Bandar Bharu
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Pegawai Penyelaras Kadet
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah
Pegawai Teknikal KAPA Negeri Kedah
Setiausaha Kerja KAPA Negeri Kedah
Bendahari Kerja KAPA Negeri
Pegawai Bahagian Latihan KAPA Negeri Kedah
Pegawai Logistik KAPA Negeri Kedah
Pegawai Data dan Laman Web KAPA Negeri
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kota Setar
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Pendang
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kuala Muda Yan
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Langkawi
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Baling Sik
Pegawai Teknikal KAPA Daerah Kulim Bandar Bharu
Admin
- KAPA PENDANG
- kapapendang@gmail.com